Feb 15, 2006

"Jangan lupa mencari cinta"


Tersenyum lebar bila Anuar berpesan begitu semasa pulang dari Forum Bicara Cinta.

Jangan lupa?? (hehe..aku pernah terlupakah?? atau tak pernah langsung fikir..atau sengaja tak memikirkannya??)

Atas desakan yang kuat, aku gagahkan juga untuk hadir ke forum tu seusai meeting dengan sahabat Psycsta. Iya, aku dah lambat namun, masih sempat untuk aku simpulkan tentang bicara sebuah cinta. Lagipun, Mira bersama ^_^

Dr Fadhilah Kamsah dan Ust Pahrol santai membicarakan isu cinta sambil diselia oleh tuan moderator: Aziz Desa. Benarlah, jika kita dah suka..apa-apa pun indah. Obses pada idola buat aku terus tekun mendengar dan membuat kesimpulan bebait kata yang diungkap kedua penceramah. Senyum.

"Untuk mendapat soleh, jadilah solehah" Hmm..itu amat benar sebab Allah dah mukimkan kenyataan seumpama itu dalam kalam bertulis. Dan "yang tak soleh, adalah untuk yang tak solehah". Pokoknya kata Ust Pahrol, cinta itu sebenarnya bertunjangkan pada satu persoalan:

"Bagaimana untuk menjadi baik" Huh?? Garu kepala (eh..tudung..hehe)

"Konsep awal cinta seharusnya dimulai dengan pembentukan diri individu"

Ianya tentang bagaimana nak menjadi insan yang punya identiti soleh dalam biah yang solehah (Ouh...) Saye faham ^_^

Hem..dan aku sendiri percaya, kalo diri dah stabil dengan sakhsiah kamil, sape tengok pun suka :)

Pesan Dr Fadhilah, hidup sayang menyayangilah sesama makhluk di Bumi ni, nescaya yang ' DI ATAS' akan sering menyayangi kita. Tambah beliau, pupuklah sifat sabar dan tekun dalam mencari cinta nan sejati lagi diredhai.

"Yang penting usaha, dan berdoa" Hemm:)

Usai forum, aku dengan Mira rasa berkobar plak bila Nowseeheart muncul dengan lagu hits mereka :) Pastu sempatlah borak dengan DJ Erwan dan DJ Rizal dari IKIM. Muncul kemudian Nowseeheart menggamatkan borak ukhuwah kami..cewah :)

Senyum kambinglah aku bila org glamer ingat pada diri ini (yang entah sape-sape)..kui kui..

Apa pun, semalam adalah hari yang menyeronokkan. Bersama Fahmi dan Mira, diteman Amar yang cukup sporting.

Cinta itu fitrah yang ditabur oleh Tuhan di segenap ceruk langit dunia. Sambut ia dengan tertib, moga bertemu cinta nan sejati, lagi hakiki: bukan pada rupa dan parasnya, tapi kerna hati dan jiwa yang bersatu kerna Allah :)

p/s: Mukadimah kepada hasanah atau kebaikan selalu dimulai dengan ujian. Ia membatu kita matang dalam bertindak dan berfikir.

No comments: